Sunday, 9 June 2013

Aneka Dessert di Majlis Potluck


Punyalah cantik dok susun dessert tu
Sampai nak makan pun sayang, kihkihkih...

Saturday, 8 June 2013

Spaghetti with Sausage and Meatball Plus Mashed Potato


Jangan tak percaya, saya yang masak ni tau! Hehehe...
Tapi, semuanya guna yang instant je
Ni masa jamuan makan-makan kat sekolah

Friday, 7 June 2013

Dinner Sempoi


Nasi putih berlaukkan ikan masak sambal, telur mata, sayur masak air, ikan bilis dan kicap
Sempoi je, hehehe...

Nasi Lemak Blogger


Nasi lemak air tangan Kak Ayu empunya blog Citarasa Rinduan
Kak Ayu ni mengusahakan kedai makan
Citarasa Rinduan tu nama kedai makannyalah
Sekolah tempat saya bertugas dengan kedai makan Kak Ayu ni dekat je


My favorite; sambal tempe dengan kentang
Sehingga menjilat jari, kihkih...

Thursday, 6 June 2013

Mee Goreng dan Rojak Asma



Malam tu gi Pasar Tani
Adalah beli mee goreng ngan rojak Asma, tapi tak abis makan
Kat rumah saya ni, kalau makanan tak abis mak saya akan simpan dalam peti sejuk
Petang tadi saya tengok mee goreng ngan rojak Asma tu still elok untuk dimakan
So, saya panaskanlah... Campuq dua2 sekali dalam kuali tu hehehe...

Mee Hoon Sup



Pagi ni mak saya masak mee hoon sup untuk breakfast
Saya yang masak memang takdelah, hehehe...
Then, kat mangkuk bawah tu siap tambah ikan bilis garing yang saya beli di Kelate ri tu
Jemput makan :)

Wednesday, 5 June 2013

Pulut, Serunding Daging dan Ikan Bilis Garing


Sarapan saya pagi ni
Pulut di makan bersama serunding daging dan ikan bilis garing berperisa tomyam
Beras pulut tu saya beli di Rantau Panjang
Serunding daging dan ikan bilis tu pulak saya beli di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu
Tapi, mak saya yang tanak beras pulut tu, saya cuma makan je hehehe...

Tuesday, 4 June 2013

Daily Fresh Ice Cream


Jom sejukkan tekak! Nyum3x hehehe...
Masa ni saya singgah membeli sedikit keperluan di TJMart Saleng, Kulaijaya, Johor
Tak ingat pulak harga aiskrim tu...

Nasi Dagang Timur dan Barat


Nasi dagang ni saya makan di kantin sekolah saya
Siap tambah sosej dan telur goreng...
Tu yang saya bagi nama "Nasi Dagang Timur dan Barat", hehehe...

Monday, 3 June 2013

Laksa Ganu Style


Minum petang di sebuah gerai di Paka, Terengganu
Masa ni saya dalam perjalanan untuk bermalam di Kota Bharu, Kelantan
Esoknya saya akan menghadiri majlis walimah sahabat sekerja saya di Lati, Pasir Mas, Kelantan

Di Majlis Walimah


Di majlis walimah sahabat sekerja saya
Di Lati, Pasir Mas, Kelantan
Pada 1 Jun 2013
Nasi putih berlaukkan rendang daging, ayam bakar, rojak nenas, telur masin, sambal belacan dan ikan masin

Selamat Datang Ke Blog "Pinggan Saya"